kebelakangan ini, kejatuhan harga minyak pada usd 40 per barrel menampakkan economic global semakin tenat dengan permintaan daripada kuasa-kuasa besar yang merosot. Apakah ini sebagai tanda kemorosotan economi global berada pada paras yang membimbangkan? jawapannya kita sama-sama tinjau pada awal tahun 2009.
kenaikan harga minyak mencecah paras usd 147 per barrel menjanjikan pulangan yang lumayan kepada negara pengeluar minyak seperti Arab saudi, Russia, dan malaysia umpamanya. Sebagai kesan kenaikan minyak, industri lain yang mandapat manfaat kononnya cost pengeluaran bertambah, apabila harga minyak naik, semuanya naik, apabila harga minyak turun, siapa yang rela turunkan harga barang makanan umpamanya. Baru, baru ini, apabila meninjau pengunjung-pengunjung yang ingin membeli tiket bas sempena musim perayaan tahun depan, nampaknya syarikat-syarikat bas masih kekal dengan caj tambahan yang membebankan pengguna..
sebagaimana yang diperkatakan, apabila harga minyak naik, caj-caj tambahan dikenakan dan apabila harga minyak turun sepatutnya, harus dimansuhkan caj-caj tambahan yang tidak munasabah dan membebankan. Tiada alasan harus diberikan oleh syarikat-syarikat yang kononya rugi dan kos meningkat. kalaulah ini alasan mereka maka adalah jelas mereka menolak pula caj kepada pengguna dan pada waktu yang sama kawalan kos yang tidak efisen nampaknya dipraktikkan oleh syarikat-syarikat di malaysia.
oleh yang demikian, pemantauan yang lebih jitu dan tindakan yang wajar harus diambil ke atas ke atas mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab yang mana hanya melihat keuntungan semata-mata. kita harus bertindak adil apabila mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa mengambil kira latar belakang siapa tuan punya syarikat berkenaan.
sebagai pengguna yang bijak harus melihat dan bijak membuat keputusan dalam membeli sesuatu dengan mengambil kira keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Jadilah pengguna yang bijak..
0 comments:
Post a Comment